33.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Ka Siong tepis dakwaan lari daripada tanggungjawab

Tekad beliau dalam meremajakan parti serta menambahbaik segala kekurangan parti bukanlah bermula hari ini, atau bermula ketika diberi amanah memikul tanggungjawab sebagai Presiden sebaliknya telahpun bermula sejak puluhan tahun lalu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menepis dakwaan sesetengah pihak yang menuduh beliau lari daripada tanggungjawab kerana tidak melatih bakat baharu sebagai pemimpin parti.

Menurut Ahli Parlimen Ayer Hitam itu, hakikatnya, beliau sedaya upaya melahirkan, mencungkil dan mempromosikan bakat-bakat baharu, iaitu pelapis MCA yang muda serta berwibawa.

“Tekad saya dalam meremajakan parti serta menambahbaik segala kekurangan parti bukanlah bermula hari ini, atau bermula ketika saya diberi amanah memikul tanggungjawab sebagai Presiden parti pada November 2018, sebaliknya telahpun bermula sejak puluhan tahun lalu, di saat saya mula melangkah masuk ke dalam parti MCA yang amat saya sayangi ini.

“Buktinya 10 orang muka baharu daripada keseluruhan 15 calon MCA telah dicalonkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang lalu.

“Ini menunjukkan komitmen parti dalam memberi ruang dan peluang luas kepada akar umbi khususnya pelapis MCA.

Malangnya, ada yang tersalah anggap dengan pengumuman saya pada 11 Jun 2023 berhubung pengunduran saya sebagai Pengerusi MCA Bahagian Johor Bahru,” katanya hantaran di Facebook semalam.

Kelmarin, Ka Siong meletak jawatan sebagai Pengerusi MCA Bahagian Johor Bahru dan tidak akan bertanding untuk mempertahankannya dalam pemilihan parti kali ini.

Jelasnya, keputusan ini juga bukan sesuatu yang pelik dan janggal.

“Tiada isu pun, walaupun saya kini merupakan Presiden parti. Malah, ada saja Presiden terdahulu yang tidak menjawat jawatan di peringkat bahagian mahupun negeri sebelum ini.

Advertisements

“Apa yang baiknya, ini akan membolehkan perhatian sepenuhnya dapat ditumpukan kepada parti secara menyeluruh,”katanya.

Tambah Ka Siong, sepanjang pemilihan parti MCA di peringkat bahagian dan cawangan baru-baru ini, terdapat banyak perubahan berlaku.

“Ramai pemimpin atau penyandang mengambil keputusan berundur dan memberi laluan kepada muka-muka baharu, ini bukan hanya berlaku di MCA Bahagian Johor Bahru sebaliknya di seluruh negara.

“Ia adalah sesuatu yang baik, demokrasi dalam parti kekal subur dan segar,” ujarnya.

Beliau turut memberi penjelasan berhubung tanggapan salah kononnya tidak boleh bertanding bagi merebut jawatan dalam parti sekiranya bukan lagi Pengerusi MCA Bahagian.

“Ini tidak benar. Mengikut perlembagaan parti, sebagai penyandang Ahli Jawatankuasa Pusat, saya juga secara automatik merupakan perwakilan pusat.

“Selain itu, saya juga telah dipilih sebagai salah seorang daripada 16 perwakilan pusat di bawah MCA Bahagian Johor Bahru.

“Justeru, ini melayakkan saya bertanding semula bagi jawatan Presiden MCA untuk tempoh satu penggal lagi.

“Diharapkan dengan penjelasan ini, ia dapat merungkai segala kekeliruan berhubung keputusan beliau melepaskan jawatan sebagai Pengerusi MCA Bahagian Johor Bahru,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan