28.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

KKM perkukuh kawalan keselamatan makanan negara

Dalam masa yang sama KKM bekerjasama dengan agensi lain yang menyumbang kepada kawalan keselamatan makanan sepanjang rantaian makanan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus menerajui dan memperkukuhkan kawalan keselamatan makanan negara bagi memastikan rakyat menikmati makanan yang selamat dan berkualiti.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, kementerian tersebut melalui Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya, termasuk Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, menguatkuasakan standard makanan dan peruntukan kebersihan makanan yang mana pihak pengusaha makanan wajib mematuhi peraturan sebelum sesuatu produk makanan dipasarkan.

“KKM amat menitikberatkan usaha memperkukuh keselamatan makanan negara termasuk memastikan makanan yang dihasilkan selamat dan mematuhi standard keselamatan makanan yang telah ditetapkan dengan melaksanakan pelbagai strategi dan intervensi,” katanya menerusi kenyataan sempena Hari Keselamatan Makanan Sedunia.

Katanya lagi, dalam masa yang sama KKM juga bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang menyumbang kepada kawalan keselamatan makanan sepanjang rantaian makanan, daripada ladang hingga ke meja makan.

Zaliha berkata, berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), daripada 600 juta penduduk di seluruh dunia, satu daripada 10 orang setiap tahun jatuh sakit melibatkan lebih 200 jenis penyakit berpunca daripada makanan.

Advertisements

Sehubungan itu, jelas beliau, orang awam perlu sentiasa mengamalkan konsep ‘Lihat, Hidu dan Rasa’ sebelum makan, selain mempraktikkan kebersihan diri yang baik termasuklah menyimpan makanan dengan kaedah betul bagi mengurangkan risiko kejadian keracunan makanan.

“Menepati dengan pendirian bahawa makanan yang selamat adalah kunci kepada kesihatan yang baik, maka KKM akan mengadakan aktiviti sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia bagi menekankan kepentingan keselamatan makanan dalam kalangan masyarakat,”katanya.

Zaliha berkata, KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) melaksanakan hebahan kempen keselamatan makanan melalui radio, televisyen serta media sosial selain pihak yang berkepentingan yang turut bekerjasama membuat hebahan berkaitan di pasaraya-pasaraya atau laman sesawang mereka.

“Selain itu, KKM juga akan mengadakan program Apron Walk peringkat Kebangsaan pada bulan September demi meningkatkan usaha bersepadu pelbagai pihak bagi memastikan objektif utama keselamatan makanan difahami dan dilaksanakan oleh pelbagai pihak tercapai,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Maritim Malaysia tambah aset, bakal miliki empat helikopter AW189

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bakal memiliki empat buah helikopter jenis Agusta Westland AW189 ‘medium lift’ menerusi satu...

Lagi Artikel Berkaitan