26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Ka Siong letak jawatan Pengerusi MCA Johor Bahru

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Pengerusi MCA Bahagian Johor Bahru.

Dengan pengumuman itu, beliau sekaligus tidak akan bertanding untuk mempertahankan jawatan itu dalam pemilihan parti kali ini.

Menurut Ahli Parlimen Ayer Hitam itu, beliau menyerahkan baton kepada pengerusi yang baharu dipilih oleh ahli parti untuk menggalas tanggungjawab tersebut.

“Perjalanan karier politik saya tidak semuanya berjalan lancar dan telah melalui pelbagai cabaran, pasang surut dalam politik untuk saya berada di tempat sekarang.

Advertisements

“Sejak saya menyertai bahagian ini, rakan-rakan dari bahagian Johor Bahru sentiasa menyokong saya. Tidak kira sejauh mana atau setinggi mana saya mendaki, bahagian MCA Johor Bahru akan sentiasa kekal sebagai rumah saya,” ujarnya.

Tambah Ka Siong, mereka menyaksikan banyak detik penting termasuk perkahwinannya dan menjadi jurutera bertauliah.

“Ramai rakan dari bahagian ini telah berkongsi peristiwa penting hinggalah saya diberi amanah memimpin parti.

“Setinggi penghargaan saya ucapkan kepada semua yang telah memberi kerjasama baik dan berkongsi perjalanan indah ini bersama saya. Terima kasih di atas sokongan dan dorongan anda semua selama ini,” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan