Sunday, July 19, 2026

PM ucap tahniah kepada skuad bola sepak ‘cerebral palsy’

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad bola sepak cerebral palsy (CP) lelaki negara atas kejayaan meraih pingat emas pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023 di Kemboja, baru-baru ini.

Anwar berkata beliau telah bertemu dengan skuad kendalian Asnan Md Zuki itu semalam.

“Saya ucap tahniah kepada mereka, dan berharap agar prestasi cemerlang ini dapat diteruskan,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Sementara itu Perdana Menteri turut memuji aksi dan pencapaian yang dipamerkan kontinjen Malaysia sepanjang temasya APG 2023 berlangsung.

“Ucapan tahniah juga ditujukan buat kontinjen Malaysia keseluruhannya yang mempamerkan aksi yang sangat baik sepanjang temasya berlangsung,”katanya.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung Khamis lalu, skuad negara menewaskan Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti 3-1 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sebaik tamat masa sebenar perlawanan, sekali gus menamatkan kemarau pingat emas dalam tempoh sedekad.

Pada APG 2023 di Kemboja, Malaysia memperoleh 50 pingat emas, 38 perak dan 34 gangsa sekali gus melepasi sasaran 33 emas yang diletakkan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM). – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan