32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Mayat bayi baru lahir ditemukan terapung di laut

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAYAT seorang bayi ditemukan terapung oleh penduduk kampung berhampiran jambatan di sebuah perkampungan atas air di Kota Kinabalu, petang semalam.

Mayat yang belum diketahui jantina itu ditemui kira-kira jam 6.30 petang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Kalsom Idris berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang pengadu yang memaklumkan ketika melalui jambatan kayu dia telah disapa seorang kanak-kanak lelaki.

“Kanak-kanak itu bertanyakan kepada pengadu mengenai satu objek terapung di atas air sama ada ia adalah patung atau bayi.

Advertisements

“Pengadu kemudian mengamati objek yang terapung dan didapati ia adalah mayat seorang bayi yang dipercayai baru dilahirkan dan terapung di atas air berhampiran jambatan tersebut,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Katanya lagi, pengadu dengan bantuan penduduk telah menghubungi pihak polis bagi memaklumkan kejadian itu.

“Setakat ini pihak kita belum mendapat sebarang maklumat lanjut mengenai bayi tersebut yang disyaki dibuang di laut selepas dilahirkan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat Inspektor Hatikah Ahmad @ Abd Ghani di talian 016-8337243,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Raja Permaisuri santuni keluarga mangsa nahas helikopter

RAJA Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat melawat keluarga Pegawai Taktikal Udara Skuadron 503, Allahyarham Lefternan Komander Mohammad...

Lagi Artikel Berkaitan