28.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Gundogan berhijrah ke Nou Camp

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JUARA La Liga, Barcelona mengesahkan penyertaan pemain tengah, Ilkay Gundogan ke kelab itu secara percuma dari Manchester City.

Pemenang trofi Liga Juara Juara Eropah (UCL) itu mengikat kontrak selama dua tahun di Nou Camp selepas kontraknya tamat musim ini.

Gundogan merupakan instrumen penting City dalam meraih kejuaraan treble musim ini dengan pemain tengah Jerman itu berjaya meraih 12 trofi sepanjang tujuh di Stadium Etihad.

Pemain berpengalaman berusia 32 itu menjaringkan 60 gol dalam 304 penampilan untuk The Citizen.

Advertisements

Gundogan selepas melengkapkan perpindahan membuat ciapan di Twitter yang mengatakan sekali biru, selamanya biru, menandakan kesetiaanya kepada skuad biru langit itu.

Barcelona di bawah Xavi Hernandez berjaya menjuarai La Liga musim ini namun bergelut dalam kempen Liga Europa yang menyaksikan kelab Catalan itu disingkirkan Manchester United di pusingan kalah mati.

Dengan kehadiran Gundogan, Xavi pastinya mengharapkan Barcelona semakin mantap terutama bagi menyaingi seteru, Real Madrid yang membawa masuk pemain muda England, Jude Bellingham.

Untuk rekod, City menawarkan kontrak sambungan setahun kepada Gundogan namun pemain itu mahukan cabaran baharu di Sepanyol. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan