32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Inspektor Sheila telah digantung kerja

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

INSPEKTOR, Sheila Sharon Steven Kumar yang dihadapkan dan didakwa di Mahkamah Majistret Selayang, Gombak pada hari ini telah digantung kerja.

Pengarah abatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Komisioner Datuk Seri Azri Ahmad berkata, perintah tahan kerja ke atas pegawai berkenaan telah dilaksanakan di bawah Seksyen 78 Akta Polis 1967.

“Sehubungan itu, segala kuasa-kuasa, hak dan keistimewaannya sebagai seorag pegawai polis adalah digantung sehingga diputuskan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT),”katanya menerusi kenyataan di sini berkaitan kes tersebut.

Sheila, 35, telah didakwa di Mahkamah Majistret Selayang di bawah tiga pertuduhan jenayah iaitu dua pendakwaan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan satu di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun beliau mengaku tidak bersalah ke atas pertuduhan mengaibkan seorang anggota polis berpangkat lans koperal di sebuah kedai makan setelah kertas pertuduhannya dibacakan.

Advertisements

Mengikut fakta pertuduhan, Sheila didakwa telah menyebut berkenaan pangkat lans koperal dengan cara tidak wajar kepada Abdul Arif Farhan Abdul Razak dengan maksud untuk mengaibkan kehormatan penama tersebut.

Dalam satu lagi pertuduhan di mahkamah lain, Sheila telah didakwa di hadapan Majistret Chai Guan Hock atas dua lagi pertuduhan iaitu mengugut seorang wanita dengan niat untuk mendatangkan kegentaran kepada mangsa dan menghina kesopanan seorang lelaki dengan berkata; “You tengok badan you, gemuk , botak dan badak sumbu”.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian telah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 bagi kesemua pertuduhan itu dengan seorang penjamin.

Mahkamah juga menetapkan 7 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan