26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Muda bertanding solo di PRN enam negeri – Syed Saddiq

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PARTI Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) bertekad untuk tidak menyertai mana-mana-mana gabungan parti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Sebalinya, Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, parti itu akan bergerak secara solo dengan tekad berdiri di atas kekuatan mereka sendiri.

Ujar beliau lagi, keputusan tersebut dicapai secara konsensus selepas mendapatkan pandangan pelbagai pihak termasuk penyokong parti.

“Selepas berbincang berbahas, berdiskusi, dapat pandangan masyarakat, penyokong, ahli, dan badan bukan kerajaan (NGO), Muda telah membuat ketetapan yang jelas dan berdasarkan konsensus parti. 

“Pada enam (negeri) PRN yang bakal kita berhadapan, MUDA akan menyertai PRN ini dan bertanding di atas kekuatan parti kita sendiri,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian dalam sidang media parti itu yang disiarkan secara langsung di Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, tujuannya Muda berbuat demikian adalah supaya rakyat ada alternatif yang tidak ingin melihat politik 3R iaitu race (kaum), religion (agama) dan royalti (institusi diraja) dimainkan secara melampau.

Pada masa sama, katanya, Muda ingin menuntut janji-janji pilihan raya untuk pembaharuan dilakukan, mengangkat martabat rakyat, kurangkan pemusatan kuasa dan mengembalikan kuasa kepada rakyat.

“Muda dengan rasa penuh rendah diri ingin memohon sokongan rakyat Malaysia,” katanya. – Edisi 9 

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan