32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

F1: Verstappen rekod empat kemenangan berturut-turut

Menyamai rekod 41 kemenangan pemandu lagenda Brazil, Ayrton Senna

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JUARA dunia, Max Verstappen meneruskan dominasi perlumbaan musim ini apabila memenangi Grand Prix (GP) Kanada, sekali gus merekodkan kemenangan keempat berturut-turut.

Kemenangan di Litar Gilles Villeneuve itu menyaksikan pemandu menyamai rekod lagenda Formula Satu (F1), Ayrton Senna dengan 41 kemenangan.

Untuk rekod, pelumba berusia 21 melakuannya selepas 171 perlumbaan sementara lagenda Brazil itu menang daripada 161 sahaja.

Kejayaan yang diraih Verstappen juga memberikan pasukannya, Red Bull Racing kemenangan ke-100 dalam perlumbaan GP F1.

“Saya benci dibandingkan dengan generasi yang berbeza tetapi ketika kecil dengan memandu kereta go-kart, saya tidak pernah terbayangkan memenangi 41 GP.

“Menyamai rekod Senna adalah menakjubkan. Saya berbangga dengannya tetapi berharap ianya tidak akan berakhir di sini,” kata Verstappen.

Advertisements

Berdasarkan rekod semasa, hanya empat pemandu yang merekodkan kemenangan terbanyak.

Pencabarnya yang juga juara tujuh kali, Lewis Hamilton (103 kemenangan), Michael Schumacher (91), Sebastian Vettle (53) dan Alain Prost (51).

Dalam perlumbaan awal pagi tadi menyaksikan Fernando Alonso menamatkan perlumbaan di tempat kedua sementara Hamilton, ketiga.

Verstappen terus mendominasi pungutan mata dengan 195, diikuti rakan sepasukan, Sergio Perez (126), Alonso (115) dan Hamilton (102).

Sementara itu, Red Bull Racing terus unggul di kategori pengeluar apabila meraih 321 mata diikuti Mercedes-AMG (167) dan Aston Martin (154). – Edisi9

Advertisements

Terkini

CTOS sumbang RM30,000 biayai pelajar kurang bernasib baik

CTOS Digital Berhad telah menyumbang sebanyak RM30,000 untuk dana biasiswa bagi pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Tasek Permai, Ampang, Selangor...

Lagi Artikel Berkaitan