PERSEKUTUAN Badminton Dunia (BWF) menyifatkan pemilihan lagenda badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei dan Li Dan sememangnya layak diiktiraf dalam Hall of Fame (Dewan Kemasyhuran).
BWF berkata, kedua-dua mereka layak dinobatkan dengan pengiktirafan tersebut kerana kecemerlangan mereka dalam sukan itu serta aktiviti luar yang jalankan mereka.
Tambah BWF, pencalonan tersebut mendapat kelulusan Majlis BWF dan mengikut kriteria pemilihan yang ditetapkan untuk disenaraikan dalam Dewan Kemasyhuran yang dicadangkan Suruhanjaya Anugerah BWF.
“BWF mengiktiraf pencapaian dan sumbangan banyak legenda sukan ini dan berharap dapat menyenaraikan lebih banyak juara ke dalam Dewan Kemasyhuran BWF dalam tahun-tahun mendatang,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.
Penyenaraian Chong Wei dalam Dewan Kemasyhuran BWF mendapat kritikan bekas pemain badminton Indonesia, Taufik Hidayat yang mempersoalkan keputusan badan badminton dunia itu.
Untuk rekod, pemain berasal dari Pulau Pinang itu muncul sebagai pemain nombor satu dunia selama 349 minggu, meraih tiga pingat perak di Sukan Olimpik di Beijing (2008), London (2012) dan Rio (2016) serta tiga gelaran naib juara dunia.
Lin Dan pul amerupakan pemenang dua pingat emas Olimpik di Beijing 2008 dan London 2012 serta lima kejuaraan kejohanan dunia pada 2006, 2007, 2009, 2011 dan 2013. – Edisi 9