Friday, July 24, 2026

Sukan SEA: Malayan Tigress mula dengan langkah kiri

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SKUAD Malayan Tigress memulakan kempen Sukan SEA di Kemboja dengan langkah kiri apabila tumpas kepada Vietnam 3-0 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Army, Phnom Penh hari ini.

Pasukan bola sepak wanita negara itu tumpas menerusi tiga gol pada babak pertama yang dijaringkan Hai Yen Pham pada minit keempat, Thi Bich Thuy Nguyen (23′) dan Nhu Huynh (34′).

Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada Malayan Tigress dibawah kendalian ketua jurulatih, Soleen Al-Zoubi itu kerana berjaya mengekang skuad Piala Dunia Vietnam daripada berpesta gol.

Skuad wanita negara tidak menyertai kejohanan sebelum ini di Hanoi, Vietnam dan edisi kali ini dengan dibarisi kebanyakan pemain muda dilihat menjadi medan pendedahan kepada mereka untuk meraih pengalaman.

Malaysia akan meneruskan aksi dalam Kumpulan A menentang Filipina pada Sabtu ini sebelum menamatkan saingan bertemu Myanmar pada Selasa depan.

Kesemua perlawanan dilangsungkan di Stadium Army. 

Sekiranya melepasi peringkat kumpulan, skuad Malayan Tigress bakal beraksi di pusingan separuh akhir pada 12 Mei, aksi final serta penentuan tempat ketiga atau empat yang akan berlangsung pada 15 Mei. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan