27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Lesen memandu boleh diperbaharui sehingga 10 tahun

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) memperkenalkan inisiatif baharu bagi Lesen Memandu Malaysia (LLM) apabila tempoh pembaharuan dipanjangkan sehingga 10 tahun berbanding lima tahun sebelum ini.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, inisiatif yang diperkenalkan itu membolehkan orang ramai memperbaharui lesen mereka pada kadar istimewa di semua pejabat dan kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 8 Mei ini.

Katanya, merupakan satu daripada dua inisiatif baharu yang diperkenalkan MOT bagi LLM.

“Mana-mana pemegang LMM yang mahu memperbaharui untuk tempoh 10 tahun sekali gus hanya dikenakan bayaran untuk tempoh sembilan tahun sahaja, maksudnya ada diskaun 10 peratus.

“Untuk makluman bayaran lesen memandu adalah RM30 setahun. Jikalau membayar 10 tahun sekali gus bayaran yang akan dikenakan adalah RM270, penjimatan RM30.

“Bagi orang ramai yang berminat, mereka hendaklah memastikan baki tempoh sah laku LMM semasa adalah tidak melebihi satu tahun.

“Orang ramai juga akan dibenarkan memperbaharui LMM antara 1 sehingga 10 tahun mengikut pilihan masing-masing tertakluk kepada had maksimum 10 tahun. Namun, hanya pembaharuan 10 tahun sekali gus sahaja akan menikmati keistimewaan fi percuma untuk tahun ke-10,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas di kementeriannya hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, inisiatif tersebut hanya terpakai kepada warganegara Malaysia sahaja.

Dalam pada itu beliau berkata, inisiatif kedua adalah kebenaran khas pembaharuan LMM tamat tempoh.

Katanya, tawaran tersebut diberikan setelah mengambil kira pelbagai sudut termasuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta kekangan yang dihadapi rakyat Malaysia di luar negara yang tidak dapat pulang ke negara ini.

“MOT akan memberi kebenaran khas kepada mana-mana pemegang LMM yang telah tamat tempoh sah laku untuk memperbaharui LMM masing-masing tanpa perlu menjalani semula ujian.

“Namun, kebenaran khas ini hanya terhad kepada LMM yang mana tempoh sah laku telah tamat mulai 1 Januari 2018 dan ke hadapan sahaja.

“Tempoh kebenaran khas ini hanya berkuatkuasa sehingga 31 Disember 2023 sahaja. Peraturan sedia ada akan berkuatkuasa semula pada 1 Januari 2024,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan