Wednesday, July 22, 2026

Seorang pemuda lemas di air terjun

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEGEMBIRAAN empat sekawan mandi-manda di Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka ditemui lemas, hari ini.

Muhammad Amir Wafiq, 20, disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan selepas mayatnya ditemui di lokasi kejadian pada jam 5.04 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 3.45 petang.

Katanya, sepasukan lapan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu diketuai Komander Operasi Kanan, Kamil Hamadan, dihantar ke lokasi.

“Setiba dilokasi, bomba mendapati kejadian membabitkan seorang lelaki berusia 20 tahun lemas ketika mandi-manda di air terjun bersama tiga rakannya.

“Pencarian secara ‘water surface’ segera dilakukan oleh pihak bomba.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,”katanya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan