27.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 30, 2023

Sabitzer, Weghorst tidak dikekalkan di Old Trafford

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MANCHESTER United tidak berminat untuk menandatangani dua pemain pinjaman, Marcel Sabitzer dan Wout Weghorst secara tetap pada jendela perpindahan musim panas ini.

Menurut laporan Daily Mail, pengurus United, Erik ten Hag berminat mengekalkannya di Old Trafford namun kelab gergasi Inggeris itu mahu memberikan sumber bagi mendapatkan pemain yang lebih berkualiti.

Khabar tersebut menandakan jodoh Sabitzer tidak panjang di Manchester selepas mengalami kecederaan lutut minggu lalu dan dijangka pulang menyertai kem Bayern Munich.

Weghorst pula akan kembali memperkuatkan juara Liga Kejohanan, Burnley yang bakal beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

Pengesahan keputusan United berhubung masa depan penyerang Belanda itu tidak mengejutkan penyokong United selepas Weghorst bergelut untuk menjaringkan gol.

Penyerang itu gagal menjaringkan sebarang gol dalam 17 perlawanan EPL dan hanya meledak dua gol dalam semua kejohanan sejaka menyertai kelab pada Januari lalu.

United bagaimanapun dilaporkan kini memburu penyerang elit bagi mengetuai jentera serangan mereka.

Penyerang Tottenham Hotspurs, Harry Kane dan peledak berbisa Napoli, Victor Osimhen antara nama yang dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford. – Edisi 9

Terkini

Lima nelayan Vietnam ditahan ceroboh perairan negara

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu menahan sebuah bot nelayan asing ketika leka melakukan aktiviti menangkap...

Lagi Artikel Berkaitan