27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Pochettino ‘buang’ Felix

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

CHELSEA dilaporkan tidak akan menandatangani penyerang, Joao Felix secara tetap biarpun pemain berusia 23 tahun itu menyatakan hasrat untuk kekal di Stamford Bridge.

Felix menyertai The Blues secara pinjaman selaman enam bulan pada Januari lalu dan telah beraksi sebanyak 20 perlawanan dalam semua kejohanan dengan hanya menjaringkan empat gol.

Dan pengurus baharu, Mauricio Pochettino telah membuat keputusan untuk tidak memuktamadkan perpindahan Felix selepas membayar RM85.7 juta bagi meminjam penyerang Portugal itu.

Ini merupakan langkah pertama diambil pengurus berasal dari Argentina itu bagi mengelakkan Chelsea membayar harga yang mahal bagi mendapatkan Felix.

Presiden Atletico, Enrique Cerezo mengesahkan kepulangan Felix ke Wanda Metropolitano selepas The Blues enggan membeli pemain berkenaan.

Advertisements

“Semalam kami menerima berita yang pengurus baharu Chelsea (Pochettino) tidak (mahu) Felix.

“Kami hanya mengetahuinya dalam tempoh kurang daripada 24 jam. Dia (Felix) akan kembali di sini dan kita akan lihat (langkah seterusnya). Kami belum ada sebarang perancangan,” katanya kepada portal AS.

Bagaimanapun, itu bukanlah khabar yang ditunggu-tunggu Felix apabila sebelum ini secara terbuka menyatakan hasrat untuk kekal di barat London.

“Saya tidak tahu lagi mengenai masa depan. Tetapi untuk empat lima bulan, saya jatuh cinta dengannya (Chelsea). Ini adalah kelab hebat, semua yang berada di sini sangat baik dengan saya,” katanya.

Selain Felix, Pochettino juga tidak mahu membeli pemain tengah, Dennis Zakaria yang dipinjam daripada Juventus. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kempen dengan idea, hujah bukan hina pihak lawan – Akmal

KETUA Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh mahukan agar para pemimpin dan penyokong Perikatan Nasional (PN) berkempen secara sihat dan...

Lagi Artikel Berkaitan