27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, September 25, 2023

Orang ramai dipelawa sertai Sesi Libat Urus RMK12

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Ekonomi, Rafizi Ramli mempelawa orang ramai menyertai Sesi Libat Urus (SLU) Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Sesi tersebut akan diadakan pada jam 8.30 pagi, Khamis ini di Auditorium Dewan Jubli Perak, SUK Selangor di Shah Alam.

Beliau dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dijadualkan hadir.

Menurut Rafizi, sesi itu merupakan sesi kelima dalam lawatan merentasi negara, bertujuan untuk melibatkan kerajaan negeri dan orang awam dalam membentuk masa depan negara.

“Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi sebahagian daripada perbincangan ini. Sertai kami dan jadikan suara anda didengar.

“Saya juga ingin menjemput orang ramai memberi cadangan dan pandangan menerusi laman web rmke12.epu.gov.my/ksp http://rmke12.epu.gov.my/ksp.

“Info berkenaan KSP RMK-12 juga boleh didapati melalui laman web yang sama,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Rafizi berkata, orang ramai juga boleh mengikuti sesi tersebut secara langsung di semua platform media sosial beliau bermula jam 8.30 pagi, Khamis ini. – Edisi 9

Terkini

McDonald’s Malaysia tawar pengajian diploma kepada alumni program perantis

McDonald's Malaysia buat julung kalinya menawarkan program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM Tahap 4) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM...

Lagi Artikel Berkaitan