24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Isu buli MRSM: MARA panggil pengetua, guru kaunseling

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan budaya buli termasuk di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) adalah penyakit yang tidak boleh dipandang enteng.

Sehubungan itu, beliau akan memanggil pengetua, guru kaunseling, warden dan pihak terlibat untuk memastikan isu buli berkenaan ditangani secara holistik serta menyeluruh.

“Pagi ini saya menerima kedatangan pelajar dan ibu bapa pelajar yang menjadi mangsa buli di salah sebuah MRSM.

“Dalam masa terdekat saya akan memanggil pengetua, guru kaunseling, warden dan pihak terlibat di peringkat pusat untuk memastikan isu ditangani secara holistik dan menyeluruh,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Pada masa sama, Asyraf Wajdi menegaskan beliau tidak lagi boleh menerima alasan tipikal mengenai budaya membuli.

Katanya, alasan seperti menyifatkan buli sebagai satu perkara biasa kehidupan di asrama dan tidak membenarkan mangsa buli melaporkan kepada ibu bapa juga perlu dihentikan.

Advertisements

“Budaya ‘jibam’ atau boikot kepada pelajar yang buat laporan juga adalah satu bentuk kesalahan dan tidak boleh dibiarkan menjadi amalan,” katanya.

Menurutnya, budaya buli adalah penyakit yang tidak boleh dipandang enteng yang berlaku sama ada daripada segi fizikal atau emosi.

“Kedua-duanya adalah penyakit serius yang perlu diubati dan dikekang kerana ia mampu memudaratkan perkembangan minda, fizikal dan psikologi anak-anak,” katanya.

Semalam, polis menahan seorang pelajar Tingkatan 2 MRSM Balik Pulau di Pulau Pinang bagi membantu siasatan kerana disyaki membuli rakannya sehingga menyebabkan mangsa cedera di muka.

Kejadian itu adalah terbaharu membabitkan MRSM Balik Pulau.

Seramai lima pelajar Tingkatan 5 telah ditahan kerana disyaki membuli pelajar junior sekolah berkenaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan