25 C
Kuala Lumpur
Friday, December 1, 2023

Polis siasat kumpulan dakwa pewaris Kesultanan Sulu

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat dakwaan berhubung tindakan sekumpulan penuntut yang mendakwa sebagai pewaris Kesultanan Sulu dengan notis timbang tara melibatkan tuntutan melebihi RM147.7 bilion.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, laporan tersebut dibuat Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.

Katanya, itu selepas notis timbang tara itu diserahkan kepada kepada kerajaan Malaysia pada 30 Julai 2019.

“Tuntutan tersebut merupakan satu ancaman kepada keselamatan negara.

“Susulan laporan tersebut, PDRM melalui Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 124 (K) Kanun Keseksaan iaitu sabotaj,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, PDRM memberi jaminan terhadap keselamatan negara dan satu siastan terperinci akan dijalankan berhubung tuntutan tersebut.

“PDRM memandang serius sebarang elemen yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam khususnya perbuatan sabotaj terhadap keselamatan, kedaulatan dan kestabilan negara.

“(PDRM) memberi jaminan siasatan terperinci berhubung pekara tersebut akan dilaksanakan,” tegasnya. – Edisi 9

Terkini

KKM rekod lima kes baharu cacar monyet

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) merekodkan lima kes baharu jangkitan cacar monyet dalam tempoh 31 Oktober hingga semalam, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan...

Lagi Artikel Berkaitan