25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Jenazah Awang Askandar tiba di KLIA esok

Atas permintaan keluarga, jenazah akan dibawa ke kediaman di Kampung Benoni, Papar, sebelum dibawa ke Masjid Jamek As-Salam Benoni untuk solat jenazah.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JENAZAH pendaki Malaysia yang terkorban dalam ekspedisi pendakian Gunung Everest, Allahyarham Lt. Kol (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub, dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata urusan membawa pulang jenazah yang diselaraskan oleh Kedutaan Malaysia di Nepal berjalan lancar.

“Jenazah diterbangkan dari Kathmandu menggunakan pesawat MH115 pada pukul 11.30 malam ini (waktu tempatan) dan dijangka tiba di KLIA pada Sabtu jam 6.25 pagi.

“Jenazah kemudian akan dibawa ke Kota Kinabalu pada jam 11.35 pagi dan dijangka tiba di sana pada jam 2.15 petang,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, atas permintaan keluarga, jenazah akan dibawa ke kediaman mereka di Kampung Benoni, Papar, sebelum dibawa ke Masjid Jamek As-Salam Benoni untuk solat jenazah.

Katanya, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kg. Benoni.

Allahyarham Awang Askandar, 56, yang juga Pengarah APM Kedah meninggal dunia Jumaat lalu selepas berdepan masalah kesihatan pada ketinggian 8,000 meter dari aras laut kira-kira 20 minit untuk menawan puncak Everest. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan