30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Makmal haram proses dadah diserbu, 5 suspek ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS berjaya menumpaskan makmal haram yang dipercayai menjadi tempat pemprosesan dan pembungkusan dadah jenis heroin dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Bahru, Lumut Selasa lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, serbuan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman itu telah menahan empat lelaki India berusia lingkungan 23 hingga 52 tahun.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan dalam rumah tersebut, pihak polis menjumpai dan merampas sejumlah dadah dipercayai jenis heroin dengan anggaran berat 14,905 gram dan dianggarkan bernilai RM199,727.

“Turut dirampas sejumlah peralatan dan bahan-bahan kimia yang digunakan untuk memproses serta membungkus dadah,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, susulan daripada serbuan berkenaan pihak polis turut menahan seorang lelaki India berusia 25 tahun di Pokok Assam, Taiping yang dipercayai turut terlibat dalam aktiviti pemprosesan dan pembungkusan dadah jenis heroin itu.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap kesemua suspek mendapati negatif daripada sebarang jenis dadah.

“Bagaimanapun, empat daripada lima suspek yang ditahan didapati mempunyai rekod kesalahan lampau bersabit kes jenayah dan dadah,”katanya.

Beliau berkata, tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan harta) 1988 dengan menyita sebuah kenderaan dianggarkan berjumlah RM40,000.

“Anggaran nilai keseluruhan rampasan dadah bersama harta yang disita adalah RM239,727,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan mendapati kesemua suspek dipercayai mula aktif dalam aktiviti pengedaran dadah sejak awal tahun ini dan terlibat dalam aktiviti pemprosesan dadah sejak Mac lalu.

“Dadah yang dirampas disyaki untuk diedarkan di pasaran tempatan dengan dianggarkan dadah berkenaan boleh digunakan seramai 22,400 orang penagih dadah,”katanya.

Ujar beliau, kes berkenaan akan disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesemua suspek direman selama tujuh hari mulai 24 Mei 2023 bagi membantu siasatan – Edisi 9

Terkini

Pembelaan Zahid terhadap Najib tulus sejati, tidak pernah dijaja

PEMBELAAN Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap rakan sejatinya, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah tulus dan...

Lagi Artikel Berkaitan