32.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 3, 2023

Abang maut, adik selamat kereta rempuh pembahagi jalan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki maut, manakala adiknya terselamat apabila kereta BMW yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 34 Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) awal pagi ini.

Timbalan Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.06 pagi.

“Seramai lapan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian.

“Setiba dilokasi, pihak bomba mendapati kereta yang dinaiki dua beradik berusia 35 dan 37 tahun itu dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Md Razali berkata, akibat kemalangan tersebut, seorang mangsa terperangkap di bahagian penumpang hadapan dan dikeluarkan oleh anggota bomba.

“Mangsa mengalami cedera parah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, manakala adik mangsa tidak mengalami kecederaan telah bertindak keluar sendiri sebelum anggota bomba tiba di lokasi.

Baca juga:   5 graduan UiTM terlibat nahas ketika ke majlis konvokesyen

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,”katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Liga Super: Terengganu mudah jinakkan Perak

TERENGGANU seperti dijangka tidak berdepan masalah untuk menundukkan Perak 3-0 dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Perak,...

Lagi Artikel Berkaitan