26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

Jangan langgar garis sempadan sesama parti

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMUDA UMNO tidak akan berkompromi untuk mempertahankan garis sempadan sesama parti.

Ketuanya Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, dengan siapa pun kita bersama, tugas Pemuda UMNO adalah untuk memastikan garis sempadan sesama parti tidak dilanggari.

“Semua parti politik di dalam negara ini pernah duduk bersama kerana itulah dinamika politik yang berlaku.

“Dan jika dilanggari sama ada secara sengaja ataupun tidak, kami tidak akan berkompromi untuk mempertahankannya,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Beliau berkata, parti politik adalah platform untuk membantu rakyat di bawah dan bukannya untuk menyusahkan lagi hidup mereka.

“Kini rakyat memerlukan pemimpin yang politiknya matang dan progresif tanpa meninggalkan prinsip perjuangannya demi agama, bangsa dan negara,”katanya.

Amaran itu bagaimanapun tidak merujuk kepada mana-mana parti atau individu dan pemimpin parti-parti yang pernah atau sedang bekerjasama dengan UMNO.

Baca juga:   Pemuda UMNO mahu SPRM segera diletak di bawah Parlimen

Baru-baru ini Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon, mengingatkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO supaya memberi perhatian kepada parti komponen BN dan bukannya gabungan lain.

Sin Woon dipercayai merujuk kepada kenyataan Ahmad Zahid yang menggesa penyokong BN menyokong PH, termasuk seteru tradisional mereka DAP, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. – Edisi 9

Wartawan

Baca juga:   Banjir: Tiga termasuk ibu mengandung masih hilang

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan