29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Datuk Bandar beragama Islam dihalang hadiri Aidilfitri Rumah Putih 

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

SEORANG Datuk Bandar beragama Islam didakwa dihalang daripada menyertai sambutan Aidilfitri Rumah Putih yang turut dihadiri Presiden Joe Biden, pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.

Majlis Perhubungan Amerika-Islam di New Jersey (CAIR-NJ) dalam satu kenyataan, menyelar tindakan perkhidmatan United States Secret Service terhadap Datuk Bandar Mohamed T. Khairullah yang telah lama berkhidmat di New Jersey.

Menurut CAIR-NJ, Rumah Putih hanya memaklumkan beliau tidak dibenarkan masuk sejurus sebelum majlis bermula.

Pengarah Eksekutif CAIR-NJ Selaedin Maksut dalam satu kenyataan berkata tindakan itu disifatkan sebagai satu penghinaan dan tidak boleh diterima.

“Kami meminta Rumah Putih supaya mengetepikan keputusan itu dan menjemput semua Datuk Bandar, membatalkan senarai pantau dan mengemukakan permohonan maaf kepada Datuk Bandar,” kata Maksut.

Jurucakap perkhidmatan itu, Anthony Guglielmi dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa Khairullah tidak dibenarkan masuk ke Rumah Putih untuk turut sama menghadiri majlis berkenaan. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan