36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Ab. Rauf dilantik Presiden MAFA

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KETUA Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA) yang baharu bagi menggantikan Datuk Nur Azmi Ahmad.

MAFA menerusi kenyataan berkata, pelantikan itu dibuat berpandukan Perlembagaan MAFA yang menyatakan Ketua Menteri Melaka secara automatik dilantik sebagai presiden.

Katanya, keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif MAFA di Wisma MAFA yang dipengerusikan Timbalan Presiden, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi.

“Jawatankuasa Eksekutif MAFA mengucapkan setinggi tahniah kepada Ab. Rauf Yusoh yang akan menerajui MAFA bertujuan mengembalikan kegemilangan bola sepak Melaka.

“Semoga dengan sentuhan Ab. Rauf akan terus membawa bolasepak Melaka ke tahap yang lebih membanggakan demi meletakkan nama negeri gah dalam sukan nombor satu dunia ini pada masa hadapan,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Dalam pada itu, MAFA turut merakamkan ucapan terima kasih kepada bekas Presiden, Datuk Nur Azmi Ahmad yang telah memimpin persatuan sejak Ogos lalu dan mencurahkan jasa dan bakti kepada bola sepak Melaka.

“Antaranya penubuhan kelab bolasepak Melaka FC yang kini sedang bersaing dalam saingan Liga M3 di samping penganjuran Kejohanan Piala TYT Melaka (Governor Cup) dan juga pembangunan akar umbi. 

“Segala jasa dan sumbangan beliau kepada bola sepak Melaka akan terus diabadikan dalam lipatan sejaka bola sepak Melaka sebagai salah seorang presiden yang kini hampir menginjak usia satu abad penubuhannya pada 1924,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Malaysia Negeri Johor menyerbu sebuah pusat hiburan di Taman Mount Austin, Johor Bahru awal pagi ini dan...

Lagi Artikel Berkaitan