27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 26, 2023

PM diisytihar Presiden Agung Pengakap Malaysia

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini diisytiharkan sebagai Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM).

Pengisytiharan tersebut dibuat Ketua Pengakap Negara merangkap Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Mejar Jeneral Prof. Datuk Dr. Mohd. Zin Bidin di Pejabat Perdana Menteri.

Perdana Menteri berkata, beliau turut dianugerahkan Anugerah Bintang Semangat Padi Emas pada pertemuan bersama delegasi PPM tersebut.

“Anugerah Bintang Semangat Padi Emas merupakan anugerah tertinggi dalam Persekutuan Pengakap Malaysia dan hanya diberikan dalam kalangan pemimpin negara serta negeri.

“Saya mendoakan dan mengucapkan selamat maju jaya kepada PPM. Mudah-mudahan terus memberi sumbangan membina nilai murni kepada anak bangsa Malaysia,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Pengisytiharan berkenaan selaras dengan Prosedur Organisasi dan Pindaan (POR) pindaan 27 Mac 2010, Bahagian II, Seksyen 1 iaitu Perdana Menteri adalah Presiden Agung PPM.

Turut hadir Timbalan Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara, Datuk Ahmad Shazily Ismail Bakti dan Bendahari Majlis Pengakap Negara, Tan Sri Abdullah Taib. 

Sementara itu, Mohd. Zin berkata, pengisytiharan tersebut dapat mengangkat imej PPM ke tahap yang lebih tinggi sekali gus memperkukuhkan lagi peranan pergerakan mereka sebagai organisasi pendidikan tidak formal terbesar di negara ini.

“Semoga pelantikan ini dapat menarik ahli-ahli muda di peringkat universiti dan sekolah menyertai  pengakap kerana kita ada sistem latihan yang mantap,” katanya. – Edisi 9

Terkini

McDonald’s Malaysia tawar pengajian diploma kepada alumni program perantis

McDonald's Malaysia buat julung kalinya menawarkan program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM Tahap 4) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM...

Lagi Artikel Berkaitan