26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

UCL: City mudah jinakkan Bayern

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MANCHESTER City membawa bekalan selesa ke Jerman apabila mudah menundukkan Bayern Munich 3-0 dalam aksi pertama peringkat suku akhir Liga Juara Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi.

Aksi di Stadium Etihad menyaksikan penjaga gol pelawat, Yann Sommer tidak duduk diam apabila terpaksa bekerja keras sepanjang 90 minit perlawanan.

City yang memburu kejuaraan sulung UCL sepanjang sejarah kelab meledak gol pertama menerusi percubaan menarik Rodri dari jarak 25 ela untuk meletakkan anak buah Pep Guardiola di depan pada minit ke-28.

Kepulangan Thomas Tuchel ke England sejak dipecat Chelsea tahun lalu tidak seindah yang disangka apabila The Citizen meledak dua lagi gol di babak kedua.

Advertisements

Gol kedua City diperoleh menerusi tandukan Ilkay Gundugan yang tidak dikawal dalam kawasan penalti selepas menerima hantaran Erling Haaland pada minit ke-70.

Selang enam minit kemudian, giliran Haaland pula mencipta nama apabila mudah menolak masuk bola tandukan John Stones melepasi kawalan Sommer di gawang Bayern.

Minit ke-87 menyaksikan penjaga gol antarabangsa Switzerland itu cemerlang menepis tandukan wajib gol Rodri dari gerakan sepakan penjuru.

Tugas berat menanti Bayern di Allianz Arena untuk memadam defisit tiga gol itu apabila kedua-dua pasukan bertemu untuk aksi kedua suku akhir pada awal pagi 20 April depan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan