29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Rodriguez tinggalkan Olympiacos

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

OLYMPIACOS mengumumkan pemain tengah, James Rodriguez ditamatkan kontrak, semalam.

Bintang Colombia itu pernah beraksi untuk Monaco, Real Madrid dan Everton sebelum berpindah ke Greece pada awal musim.

James tidak bermain untuk kelab itu sejak pertengahan Februari kerana ditimpa kecederaan.

“James akan sentiasa menjadi sebahagian daripada kelab kami dan ahli keluarga ‘merah dan putih’. 

Advertisements

“Kami ingin mengucapkan terima kasih atas khidmatnya dan kami mendoakan kejayaannya pada masa hadapan,” kata Olympiakos di laman sosial kelab.

James menjadi perhatian dunia bola sepak dengan persembahan cemerlang dari Piala Dunia 2014 di Brazil memenangi Anugerah Kasut Emas menyumbat enam gol.

James tidak menghabiskan lebih daripada satu musim di mana-mana tiga kelab terakhirnya bersama Olympiacos, Al-Rayyan dan Everton.

Selan itu, beliau pernah berada tempoh pinjaman dua tahun bersama Bayern Munich dari 2017-2019 menyaksikan gergasi Bundesliga itu menolak untuk berpindah secara tetap. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan