26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

PRN: Sanusi ‘poster boy’ PN di Kedah

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan menjadi wajah hadapan atau poster boy parti Perikatan Nasional (PN) itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan pada Julai depan.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Ahmad Yahaya berkata Sanusi akan dilantik semula ke jawatan Menteri Besar Kedah sekiranya PN menang di Kedah pada PRN nanti.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, percaturan itu dibuat atas keyakinan sokongan berterusan pengundi kepada gabungan itu selain bakal memberi kesan di negeri dikuasai Pakatan Harapan (PH) seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

“Pas Kedah ingin menegaskan bahawa Muhammad Sanusi kekal menjadi poster boy dalam PRN kelak dan beliau akan kekal menerajui pentadbiran Kedah jika terus diangkat dalam PRN,” katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin.

Advertisements

Dalam pada itu, Ahmad memaklumkan ketegasan Muhammad Sanusi menegakkan kebenaran dilihat menjadi faktor tekanan politik berterusan diarahkan kepada Menteri Besar Kedah itu buat masa ini.

“PAS Kedah akan terus mempertahan kepimpinan YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor dalam menerajui pentadbiran Negeri Kedah. Ketegasan beliau menegakkan kebenaran menjadi asbab tekanan politik yang berterusan diarahkan kepada beliau ketika ini. 

“PAS Kedah yakin segala penjalanan pentadbiran dan perlaksanaan dasar Negeri Kedah berada dalam landasan terbaik seiring dengan Pelan Pembangunan Kedah 2035. Malah, hasrat The Greater Kedah yang digagaskan beliau tidak mustahil akan direalisasikan kelak insyAllah.

“Tekanan politik yang dihempapkan ke atas Kerajaan Negeri Kedah menunjukkan Kerajaan Persekutuan membelakangi semangat Madani dalam erti kata sebenar. Ia juga mewajahkan sikap federalisme tempang yang mengundurkan negara ke era politik lapuk,” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan