29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Harga tiket penerbangan ke Sabah ‘tidak masuk akal’

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LONJAKAN harga tiket penerbangan domestik ke Sabah disifatkan tidak masuk akal, menyebabkan rakyat negeri itu tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk meraikan hari raya.

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, bayangkan harga tiket Air Asia untuk perjalanan sehala Sandakan dan Kota Kinabalu sebanyak RM700.

“Tiga hari yang lalu saya ada menghubungi Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook dan meminta tambahan penerbangan diantara Sandakan dan Kota Kinabalu.

“Menteri kemudiannya memberi tahu syarikat penerbangan bersetuju untuk mempertingkatkan tambahan penerbangan pada 18, 19, 20 April ini.

“Persoalan sakarang ramai penduduk rakyat Sabah di Semananjung yang hendak balik beraya di kampung halaman tidak dapat kerana harga tiket terlalu mahal, dan ia sesuatu yang tidak boleh diterima,”katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata, untuk sehala perjalanan sahaja ia ‘memakan’ jumlah beribu-ribu ringgit.

“Sehala sahaja ada yang RM3,000. Sehubungan dengan itu saya meminta Menteri Pengangkutan bicaralah dengan pihak syarikat penerbangan janganlah ‘cekik darah’ dengan meletakkan harga tiket sedemikian.

“Rakyat Sabah bukannya semua berkemampuan, mereka hanya sekadar nak balik beraya dan berjumpa sanak saudara satahun sekali.

“Kita difahamkan mulai bulan Mei akan datang penerbangan Firefly pula yang akan beroperasi di laluan domestik Sabah.

“Siapa pun syarikat penerbangan yang melakukan operesi tolong jangan terlalu mengaut keuntungan, jangan dera rakyat Sabah,”ujar beliau. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan