28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Rakyat Malaysia di Sudan selamat, Wisma Putra pantau rapi

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Luar memantau rapat situasi di Khartoum, Sudan, berikutan pertempuran antara Angkatan Tentera Sudan dan Rapid Support Forces (RSF) pada Sabtu, yang telah mencetuskan pergolakan politik dan menggugat keselamatan di negara itu.

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata, Kedutaan Malaysia di Khartoum mengesahkan bahawa di beberapa kawasan tertentu di bandar raya itu telah dilanda kekacauan berikutan susulan perkembangan itu.

“Semua 29 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan kedutaan di Sudan, kebanyakannya pelajar disahkan selamat.

“Kedutaan sedang berhubung rapat dengan mereka dan menyediakan bantuan yang diperlukan,” katanya.

Kementerian juga menasihatkan semua rakyat Malaysia yang bercadang ke Sudan untuk menangguhkan perjalanan sehingga keadaan stabil.

Kedutaan Malaysia yang kini beroperasi sementara dari kediaman Duta Malaysia ke Sudan boleh dihubungi di talian: +249 90 075 3633, +249 18 328 6379 atau e-mel: [email protected].

Bilik Gerakan Wisma Putra juga boleh dihubungi di talian: +603-8887 4570, +603-8887 4770 dan +603-8887 4445. – Edisi 9

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan