Thursday, June 4, 2026

Had usia teksi, e-hailing dilanjut sehingga 15 tahun

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HAD usia maksima penggunaan kenderaan dalam kelas teksi dan e-hailing dilanjutkan daripada 10 tahun kepada 15 tahun, berkuatkuasa dari 1 Januari lalu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, dasar kenaikan berkenaan terpakai ke atas semua kenderaan e-hailing seluruh negara dan teksi di semenanjung Malaysia merangkumi teksi biasa, teksi lapangan terbang dan teksi mewah.

“Ia merupakan dua dasar pembaharuan yang dibuat kementerian dalam usaha memudahcara ekonomi gig dan membantu para pemandu teksi serta e-hailing.

“Selain itu, kementerian juga turut memperkenalkan penambahbaikan prosedur lesen vokasional dengan pemansuhan ujian teori dan kelas teori atas talian dibenar dilaksanakan.

“Dengan pelaksanaan dasar baharu had usia 15 tahun ini, saya berharap beban di atas bahu para pemandu teksi serta e-hailing dapat diringankan serba sedikit khususnya untuk golongan pemandu yang amat terkesan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 dari tahun 2020 hingga tahun 2022,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Anthony berkata, sekiranya tempoh had usia dikekalkan pada 10 tahun, ramai pemandu terpaksa menanggung kos besar untuk membeli kendaraan yang baru dengan cara berhutang walaupun sumber pendapatan mereka masih tidak menentu.

Katanya, berkenaan dengan pemansuhan ujian teori bagi pengambilan lesen vokasional (PSV & GDL) hanya perlu menduduki dan melengkapkan kelas teori sedia ada sahaja sebelum dikeluarkan Lesen PSV.

“Namun calon-calon bagi kategori Lesen PSV untuk bas dan GDL untuk lori bersendi masih wajib melalui latihan dan lulus ujian amali dan praktikal sebelum mendapat lesen vokasional,”katanya. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan