30.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Ahmad Zahid kemuka representasi gugur 47 pertuduhan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi menggugurkan 47 pertuduhan yang dihadapinya.

Peguam Hamidi Mohd. Noh yang mewakili Ahmad Zahid berkata, pertuduhan itu termasuk pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Yayasan Akalbudi.

Katanya, beliau telah memohon Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, menangguhkan prosiding hari ini sementara menunggu keputusan Peguam Negara (AG), Tan Sri Idrus Harun (berhubung representasi itu).

“Kami telah menulis surat representasi pada Januari dan menghantar kesinambungan dan representasi baharu dengan beberapa fakta dan bukti baharu berhubung pertuduhan itu kepada AGC pada Februari.

“Pendakwaan telah menjawab, mereka tidak mempunyai bantahan (untuk menangguhkan perbicaraan) bagi pihak mereka, memandangkan representasi itu mempunyai 200 halaman dan mereka memerlukan masa untuk mempertimbangkannya,” katanya.

Advertisements

Ahmad Zahid, 70, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 bagi pecah amanah, lapan berhubung rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juga ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Beliau didakwa menggunakan dana Yayasan Akalbudi untuk membuat enam pembayaran bagi kad kredit persendirian, polisi insurans serta lesen kenderaan persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kesalahan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan itu didakwa dilakukan antara 13 Januari 2014 dan 11 Januari 2016.

Sementara itu, bagi lapan pertuduhan rasuah, Ahmad Zahid dituduh menerima suapan daripada tiga syarikat bagi membantu mendapatkan projek MyEG, membekalkan cip pasport serta menyediakan perkhidmatan pusat sehenti di Pakistan dan Nepal.

Ahmad Zahid juga berdepan 27 pertuduhan pengubahan wang haram dengan melibatkan diri dalam transaksi secara langsung membabitkan pendapatan daripada aktiviti haram antara 2016 dan 2018. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan