24.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Cuaca buruk di tujuh negeri petang ini

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan dan Johor petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, cuaca buruk bagi negeri yang terlibat dijangka berlaku sehingga pukul 4 petang ini.

“Di Kedah, kawasan yang terlibat adalah Kota Setar, Kulim dan Bandar Baharu serta beberapa daerah di Pulau Pinang iaitu Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan,” kata kenyataan itu.

Tambah MetMalaysia, kawasan yang dijangka dilanda hujan lebat dan ribut petir di Pahang adalah Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

“Selain itu, hujan lebat serta ribut petir juga tertumpu di beberapa kawasan sekitar negeri Selangor seperti Klang, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang,” ujarnya.

Advertisements

Jelas MetMalaysia, cuaca buruk tersebut turut dijangka berlaku di seluruh seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Sembilan.

“Keadaan cuaca buruk juga diramal berlaku di Johor, melibatkan kawasan Tangkak, Segamat, Muar, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” jelasnya.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata kenyataan itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan