31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Buta hati tuduh Melayu angkuh, kata Hadi

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan tuduhan Melayu sebagai angkuh dan membandingkan dengan keadaan Islam di Kemboja sebagai buta hati.

Kata Hadi, tuduhan itu dibuat kerana kejahilan terhadap sejarah kejatuhan kerajaan Melayu Islam di Kemboja.

“Islam pernah dianut oleh bangsa Champa iaitu rumpun Melayu di Indochina yang memerintah Kerajaan Champa. Pengaruh kerajaan ini berkembang dalam wilayah yang luas sehingga wujudnya Pangkalan Champa (Pengkalan Chepa) di Kelantan. 

Malangnya, kerajaan ini mengalami kelemahan dan kejatuhan sehingga rumpun Melayu Champa menjadi kumpulan minoriti yang merempat kemiskinan dan kejahilan dalam tanah air mereka sendiri, sehingga mereka menjadi lemah tidak bermaya,” katanya dalam tulisan Minda Presiden Pas di Facebook hari ini.

Tambahnya, jika Melayu bersifat angkuh pelarian Islam Kemboja tidak akan memilih Malaysia sebagai destinasi untuk berhijrah untuk menyelematkan agama mereka.

Advertisements

“Pada era komunis, ramai penganut Islam dibunuh dan paling ramai yang berhijrah ke Malaysia. Kalau Melayu ini angkuh, mereka tidak akan memilih Malaysia sebagai tempat hijrah untuk menyelamatkan agama mereka,” jelasnya.

Walaupun Abdul Hadi tidak menamakan mana-mana pihak dalam tulisan berkenaan, namun ia dipercayai sebagai membidas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu ini.

Sebelum ini, Anwar mengingatkan kaum Melayu Islam di negara ini agar tidak terlalu selesa dan angkuh sehingga meminggirkan kelompok yang lain dalam ucapan pada Perhimpunan Bulanan bersama Warga Kementerian Kewangan.

Kata Anwar, Melayu sebagai kaum majoriti di negara ini perlu mengambil pengajaran daripada pentadbiran Kemboja yang meraikan masyarakat Islam di negara itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan