Thursday, June 4, 2026

Pemuda UMNO terus desak tubuh RCI siasat kes Najib

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PEMUDA Umno sekali lagi mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap bekas perdana menteri Najib Razak.

Ketua Penerangannya, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie berkata, perkara itu  antara isu yang dibangkitkan di sepanjang mesyuarat pertama sayap itu yang berlangsung pada Selasa lalu.

“Kita ada membangkitkan isu RCI melibatkan Datuk Seri Najib. Saya percaya isu tersebut kini hangat diperkatakan oleh ahli-ahli Umno terutamanya para penyokong Bossku.

“Kita merasai kesedihan yang sama dan hari ini kita mengambil ketetapan untuk mendesak kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjalankan RCI bagi memastikan keadilan ditegakkan untuk Najib,” katanya mengikut laporan Umno Online.

Pada 31 Mac, lima panel hakim di Mahkamah Persekutuan tidak membenarkan Datuk Seri Najib Razak untuk menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd dihadapinya.

Keputusan itu telah membawa Najib kekal di Penjara Kajang dan pilihan terakhirnya ialah mendapatkan pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong.

Mantan Ahli parlimen Pekan itu dilaporkan sudah memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan pada 2 September tahun lalu. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan