Monday, July 20, 2026

Zii Jia cipta kejutan tewaskan juara All-England

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

BINTANG perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia membuat kejutan menewaskan Juara Seluruh England, Li Shi Feng dalam aksi pusingan pertama kejohanan Terbuka Switzerland di Basel, malam tadi.

Kejayaan Zii Jia mengatasi lawannya dari China itu 18-21, 21-18, 23-21 membawa juara Seluruh All-England 2021 tersebut ke pusingan kedua kejonanan.

Prestasi Zii Jia ketika ini melegakan peminat serta mengembalikan semula keyakinan beliau setelah mempamerkan aksi tidak konsisten sebelum ini.

Zii Jia yang juga pemain nombor empat dunia terkandas di pusingan awal dalam empat kejohanan disertainya tahun ini iaitu Terbuka Malaysia, Terbuka India, Masters Indonesia dan Terbuka Jerman.

Minggu lalu, Zii Jia berjaya mara ke peringkat separuh akhir Seluruh England sebelum tewas kepada Shi Feng. – EDISI9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan