28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Itali ‘rompak’ Retegui daripada Argentina

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ZAMAN ’emas’ penyerang Itali seperti Filippo Inzaghi, Antonio Di Natale, Christian Vieri, Vincenzo Montella dan Francesco Totti telah berakhir bermakna Roberto Mancini perlu mencari pemusnah baharu skuad Azzurri.

Dengan kehilangan penyerang prolifik, Ciro Imobile kerana kecederaan, ketua jurulatih baharu itu membuat kejutan memanggil penyerang muda yang mempunyai dua kerakyatan, Mateo Retegui.

Argentina berasa bagai dirompak Itali apabila juara Eropah itu memanggil penyerang berusia 24 tahun tersebut dalam aksi antarabangsa minggu ini.

Retegui yang kini beraksi bersama Tigre secara pinjaman daripada Boca Junior berada dalam radar ketua jurulatih Argentina, Lionel Scaloni selepas penyerang itu meledak 19 gol dalam 27 perlawanan.

Bagaimanapun, Scaloni meletakkan Retegui di belakang tiga penyerang lain seperti Lautaro Martínez, Julian Alvarez and Giovanni Simeone.

Advertisements

Akhirnya, Itali lebih pantas bertindak menyambar Retegui yang mempunyai kerakyatan Itali-Argentina kerana datuknya, Angelo Dimarco berhijrah ke Amerika Selatan dari wilayah Agrigento di Itali.

Menjadikan Gabriel Batistuta sebagai idola, kelibat Retegui mungkin akan disaksikan di Serie A musim depan selepas dua kelab, Inter dan AC Milan dilaporkan berminat mendapatkannya.

Ejen Retegui, Totti pernah menawarkan penyerang itu kepada AS Roma namun kelab Rome itu tidak berminat mendapatkannya dan pada usia 24 tahun, bintang muda ini pastinya akan terbang ke Eropah pada musim panas depan.

Kemasukkan Retegui dalam skuad kebangsaan Itali pastinya akan memberi lebih opsyen kepada Mancini untuk mencorakkan jentera serangan Azzurri. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing

SEORANG pemilik sebuah stesen minyak didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana menjual barangan kawalan berjadual petrol RON95 kepada...

Lagi Artikel Berkaitan