25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Sulaiman berundur, Melaka bakal terima KM baharu

Perkara itu disahkan oleh Presiden UMNO, Zahid Hamidi selepas menerima surat peletakan jawatan Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TEKA-TEKI mengenai perubahan tampuk kepimpinan Kerajaan Negeri Melaka terjawab apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan telah menerima surat perletakan jawatan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali semalam.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau akan mengadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam dalam masa terdekat untuk mempersembah nama calon baharu.

“Saya akan mengadap Mohd. Ali untuk mempersembahkan nama calon baharu yang bersesuaian bagi pelantikan Ketua Menteri baharu.

“Saya mengharapkan kebijaksanaan TYT (Tuan Yang Terutama) untuk menerima watikah yang akan saya kemukakan dan majlis angkat sumpah (Ketua Menteri baharu) akan mengikut kesesuaian tarikh TYT,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Al Falah, Kampung Lebu, Bentong, Pahang. 

Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Advertisements

Dalam pada itu, Ahmad Zahid tidak memaklumkan tarikh beliau akan menghadap Mohd. Ali serta bilangan calon yang akan dikemukakan. 

Bagaimapaun, apabila ditanya adakah Datuk Seri Ab Rauf Yusof juga tersenarai dalam calon tersebut, Ahmad Zahid enggan memberikan kata putus.

“Saya tidak boleh mengesahkan atau menafikan. Kita tunggu pengumuman daripada Kerajaan Negeri Melaka,” ujarnya.

Sebelum ini, desas-desus perubahan tampuk kepimpinan kerajaan Melaka bertiup kembali selepas nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dikhabarkan akan dilantik sebagai Ketua Menteri baharu.

Sulaiman dilapor bakal melepaskan jawatannya bagi memberi laluan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkenaan.

Media melaporkan, pertukaran berkenaan difahamkan ada kaitan dengan pertemuan Ab. Rauf dengan Zahid semalam. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan