32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Polis siasat klip anggota terima ‘sesuatu’ mencurigakan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

IBU Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan mengesahkan menerima maklumat berkenaan klip video anggotanya menerima sesuatu yang mencurigakan daripada orang awam.

Ketua Polis IPD Sandakan, Abdul Fuad Abdul Malek berkata, siasatan tersebut dilakukan oleh Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard bagi mengenal pasti sekiranya berlaku salah laku oleh anggota terlibat.

“Sekiranya ada bukti, Polis tidak teragak-agak akan mengambil tindakan tegas kepada anggota terlibat dan juga pemberi.

Advertisements

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian dimohon berhubung dengan Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard IPD Sandakan, Mohammed Noor Zaidi Zainuddin di talian 013-381 1239,” katanya.

Satu video berdurasi 16 saat memaparkan dua lelaki berpakaian biasa dan dua lelaki beruniform polis berada di depan sebuah premis.

Lelaki berpakaian biasa itu kemudiannya menggenggam sesuatu di dalam tangannya sebelum menyerahkan sesuatu kepada anggota polis berkenaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan