28.3 C
Kuala Lumpur
Monday, September 16, 2024

Kepulauan Solomon, Yemen bakal uji Harimau Malaya

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SELEPAS Turkmenistan dan Hong Kong, kini giliran Kepulauan Solomon dan Yemen bakal menguji kekuatan skuad Harimau Malaya dalam aksi persahabatan Tier 1 pada Jun depan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman berkata, lokasi perlawanan masih dalam penelitian badan induk berkenaan.

“Kita akan bertemu dengan Kepulauan Solomon dan Yemen. Tempat kita belum putuskan lagi sama ada di Johor ataupun di Terengganu dan Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

“Kita akan buat keputusan kemudian. Dan juga kita akan buat persiapan untuk Pestabola Merdeka pada bulan 10 (Oktober) akan datang,” katanya kepada Astro Arena hari ini.

Advertisements

Harimau Malaya di bawah bimbingan Kim Pan-gon berjaya mencatat kemenangan dalam dua perlawanan persahabatan Tier 1 baru-baru ini, 1-0 ke atas Turkmenistan dan Hong Kong (2-0).

Perlawanan persahabatan tersebut merupakan persiapan skuad kebangsaan bagi menghadapi saingan Piala Asia 2023 di Qatar pada Januari tahun depan.

Kepulauan Solomon ketika ini berada di ranking ke-136 sementara Yemen pula di kedudukan lebih rendah di tempat ke-154 dunia.

Namun Noor Azman berkata, FAM juga merancang untuk mendapatkan lawan lebih kuat seperti Jepun, China dan Uzbekistan untuk perlawanan kalender Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada September. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Antara ekonomi gig, minat belajar dan pendidikan tinggi

Oleh NIK AMALENA NAJEBAH NIK AZMAN PADA masa kini, ekonomi gig telah berkembang pesat bukan sahaja di Malaysia malah diseluruh...

Lagi Artikel Berkaitan