27.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 26, 2023

Tragis, 4 beradik maut dalam kebakaran rumah di Muar

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

EMPAT beradik maut selepas kediaman dihuni mereka di Lorong Haji Muhammad, Jalan Ismail, Kampung Sabak Awor di Muar, Johor, terbakar malam tadi.

Dalam kejadian pukul 7.49 petang itu, mangsa masing-masing dua lelaki dan dua perempuan berusia antara tiga hingga lapan tahun itu ditemukan telah meninggal dunia.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Timbalan Penguasa Bomba II Shahrizal Mokhtar, kebakaran melibatkan rumah jenis separuh kekal berkeluasan 50 kaki x 35 kaki.

“Kebakaran telah memusnahkan 80 peratus daripada keseluruhan rumah tersebut. Setelah api padam sepenuhnya pihak bomba bertindak membuat pencarian mangsa.

“Empat mangsa terdiri daripada dua kanak-kanak perempuan berusia enam dan empat tahun serta dua kanak-kanak lelaki berusia tiga dan lapan tahun ditemui di dalam bilik air rumah tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ujar beliau, seramai 20 anggota dari BBP Muar dan BBP Bukit Gambir dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut oleh pegawai perubatan mengesahkan semua mangsa telah disahkan meninggal dunia dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan, operasi tamat pada pukul 9.52 malam ini,” ujarnya.

-EDISI9

Terkini

McDonald’s tawar pengajian diploma kepada 18 alumni perantis

MCDONALD'S Malaysia buat julung kalinya menawarkan program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM Tahap 4) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM...

Lagi Artikel Berkaitan