26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

SCIB dapat subkontrak bina sekolah bernilai RM16.8 juta

Mesti Baca

SARAWAK Consolidated Industries Berhad (SCIB) melalui anak syarikatnya SCIB Industrialized Building System Sdn. Bhd. (SCIBIBS) memperoleh subkontrak bagi pembinaan Sekolah Kebangsaan Tambay di Kota Samarahan bernilai RM16.8 juta.

Pengarah Urusan Kumpulan SCIB, Rosland Othman berkata, subkontrak itu bagi kerja-kerja kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) daripada kontraktor induknya, Majestika Sdn. Bhd. (Majestika) bagi tempoh 14 bulan.

Beliau berkata, projek tersebut diperoleh selepas dianugerahkan prohek pembinaan semula sebuah sekolah di Serian bernilai RM20.65 juta sebelum ini.

“Kekuatan dan tumpuan kami pada projek infrastruktur luar bandar bersaiz kecil hingga sederhana telah membolehkan kami membina portfolio yang kukuh yang boleh kami manfaatkan apabila mencari projek sedemikian,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya kini giat meneruskan projek-projek sekolah usang di Sarawak dan Sabah dengan peruntukan sebanyak RM920 juta.

Katanya, jumlah tersebut adalah tambahan kepada pembidaan projek di kedua-dua negeri tersebut, yang masing-masing telah diperuntukkan sebanyak RM5.6 bilion dan RM6.5 bilion di bawah Bajet 2023 yang dibentangkan semula baru-baru ini. – Edisi 9

Baca juga:   Cemar Air Terjun Tanjung Batu: Pihak kuari langgar 6 syarat EIA

Wartawan

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan