30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Harimau Malaya atasi Kepulauan Solomon 4-1

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SKUAD Harimau Malaya terus mengekalkan momentum kemenangan apabila menundukkan Kepulauan Solomon 4-1 dalam aksi persahabatan Tier 1 di Stadium Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, malam ini.

Itu merupakan kemenangan ketiga skuad bimbingan Kim Pan Gon dalam aksi persahabatan antarabangsa selepas menang 1-0 ke atas Turkmenistan dan Hong Kong (2-0).

Namun aksi di Kuala Terengganu menyaksikan skuad kebangsaan bermula goyah apabila melepaskan gol seawal minit ke-11.

Gol tersebut berpunca daripada kesilapan penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamad yang gagal memintas bola di luar kawasan penalti sebelum disudahkan Rafael Le’ai untuk meletakkan pelawat 1-0 di depan.

Malaysia mula mengatur gerak selepas itu bagi mencari gol penyamaan menerusi beberapa percubaan daripada Paulo Josue dan Faisal Halim.

Kapten kebangsaan, Faisal Halim tidak mempamerkan persembahan yang diharapkan terutama di babak pertama selepas Kepulauan Salomon banyak berkampung di kawasan sendiri. – Edisi9/FAM

Harimau Malaya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-40, apabila Josue tenang menolak masuk gol pertama negara selepas penjaga gol, Philip Mango gagal menepis kemas hantaran silang Matthew Davies.

Advertisements

Arif Aiman Hanapi meletakkan skuad kabangsaan di depan 2-1 pada minit kedua masa kecederaan apabila menyempurnakan sepakan penalti susulan dirinya dijatuhkan dalam kawasan penalti oleh pertahanan pelawat.

Malaysia hanya berjaya membolosi gawang pelawat dalam tempoh lima minit terakhir. – Edisi9/FAM

Josue terlepas peluang keemasan menambah jaringan buat Harimau Malaya selepas gagal menolak masuk hantaran Endrick do Santos di depan gawang walaupun tidak dikawal.

Pan Gon membawa masuk beberapa tenaga baharu seperti Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Lee Andrew Tuck bagi menggandakan serangan.

Percaturan itu berhasil apabila Safawi meledak gol ketiga menerusi satu sepakan voli menarik sambil Mango hanya mampu memerhatikan bola menerjah gawangnya.

Lee Tuck menambah derita Kepulauan Solomon apabila meledak gol keempat Malaysia pada masa kecederaan hasil gerakan menarik antara Syahmi Safari dan Safawi sekali gus menghadiahkan kemenangan selesa skuad kebangsaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan