26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Tindakan saya tidak bangun sokong usul betul – Noh

Tafsiran saya berkenaan usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan ketika PAU akhirnya terjawab.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

“TINDAKAN saya betul tidak bangun dan menyokong usul,” kata bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Beliau antara pemimpin UMNO yang tidak menyokong usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu tidak dipertandingkan semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 lalu.

Ini kerana, kata beliau, usul tersebut bercanggah dengan perlembagaan UMNO.

“Tafsiran saya berkenaan usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan ketika PAU akhirnya terjawab.

“Ia merupakan tindakan yang betul bila saya tidak bangun menyokong kerana usul itu bercanggah dgn perlembagaan UMNO.

“Saya tidak ada masalah untuk menyokong ketika itu sekiranya usul itu mengikut perlembagaan parti,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Advertisements

Semalam di Dewan Rakyat, Datuk Seri Takiyuddin Hassan meminta Menteri Dalam Negeri menjelaskan kriteria dalam memberi pengecualian kepada UMNO daripada mematuhi Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) berhubung usul tambahan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Takiyuddin yang juga Ketua Whip Parlimen Perikatan Nasional (PN) mendakwa, kenyataan terbaharu menteri berkenaan dilihat bercanggah dengan surat dikeluarkan RoS bertarikh 2 Mac lalu yang tular semalam.

Jelas beliau, surat mengatakan bahawa Jabatan Pemdaftaran Pertubuhan (RoS) mendapati usul tambahan UMNO yang dibuat ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 adalah tidak teratur serta bertentangan dan bercanggah dengan Perlembagaan parti berkenaan.

Perkara itu turut diulas bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang turut mempersoalkan keabsahan surat berkenaan yang tular sejak semalam, mengenai keputusan ROS berkait usul tambahan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) supaya dua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan.

Khairy yang dipecat UMNO sebelum ini, menegaskan jika surat yang tular itu benar, bermakna usul dibawa perwakilan Negeri Sembilan ketika PAU lalu adalah tidak sah.

Sementara itu, Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim pula memaklumkan akan mengemukakan usul tergempar di Dewan Rakyat hari ini berhubung kewujudan surat yang dikatakan daripada RoS mengenai pemilihan UMNO. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan