Thursday, June 4, 2026

Pemergian Syed Razak satu kehilangan – UMNO Kedah

Allahyarham adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan dan menjadi Menteri Besar Kedah bermula 1999 sehingga 2005.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

UMNO Kedah menzahirkan rasa dukacita atas pemergian bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain yang meninggal dunia akibat masalah kesihatan di sebuah hospital swasta di Sungai Petani, pagi tadi.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Allahyarham yang berusia 79 tahun adalah Menteri Besar Kedah Kelapan dan mempunyai jasa yang besar kepada negeri ini.

“Ini adalah satu kehilangan yang besar bukan sahaja buat keluarganya malah kepada seluruh rakyat Kedah.

“Sumbangan beliau cukup besar semasa menjadi Menteri Besar satu ketika dulu. Kami sangat merasai kehilangannya dan beliau akan dikenang sebagai individu berdedikasi tinggi.

“Bagi pihak UMNO Negeri Kedah salam takziah buat seluruh keluarga. Moga Allah kurniakan kesabaran dan ketabahan atas ujian kehilangan,”katanya menerusi hantaran di Facebook.

Syed Razak adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan dan menjadi Menteri Besar Kedah bermula 1999 sehingga 2005.

Beliau meletak jawatan Menteri Besar semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi disebabkan masalah kesihatan dan digantikan bekas Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan