23.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 19, 2025

Tiga beradik maut dalam nahas tiga kenderaan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIGA beradik termasuk seorang kanak-kanak perempuan maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Jalan Tungku Kampung Bekapit di Lahad Datu, Sabah, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, mangsa dikenali sebagai Ellaine Sappari, 4, kakak dan abangnya iaitu Isang, 39, serta Amil, 45, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 7.02 malam.

Sehubungan itu, seramai empat anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 34 kilometer dari balai.

“Kemalangan membabitkan lapan mangsa dari tiga kenderaan iaitu motosikal jenis Honda Wave, dua pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dan Isuzu D-Max.

Advertisements

“Dalam kejadian itu, tiga beradik yang menaiki motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

“Sementara itu, lima lagi mangsa dari dua kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya hari ini.

Sumsoa berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, operasi kemudian ditamatkan pada pukul 8.50 malam.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Terbuka India: Izzuddin-Sze Fei wakil tunggal Malaysia ke ‘final’

AKHIRNYA kem badminton negara boleh melakar senyuman di Kompleks Sukan Indra Gandhi, New Delhi apabila Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze...

Lagi Artikel Berkaitan