32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, June 2, 2023

Tiada lagi pelepasan cukai buat pencarum SSPN tahun ini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

IBU bapa serta penjaga yang mencarum di dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) berkemungkinan tidak lagi akan mendapat pelepasan cukai sehingga RM8,000.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim dalam laporan yang disiarkan oleh Nanyang Siang Pau.

Menurut Steven Sim, mulai Tahun Taksiran 2023, pembayar cukai yang mencarum dalam SSPN tidak lagi layak menuntut pelepasan cukai individu.

Ini kerana ujarnya, kerajaan telah memutuskan untuk tidak lagi melanjutkan insentif pelepasan cukai ke atas simpanan SSPN atas pelbagai sebab.

“Ini adalah disebabkan tambahan senarai pelepasan cukai dan potongan cukai individu termasuk pengurangan sebanyak 2 peratus ke atas cukai pendapatan individu, pelepasan cukai perbelanjaan perubatan yang ditingkatkan dari RM8,000 ke RM10,000 dan pelepasan yang lain.

Jawapan PTPTN berhubung pelepasan cukai SSPN bermula tahun ini. FOTO: Facebook Hilmee Ismail

“Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga menyediakan kemudahan penangguhan bayaran balik untuk peminjam yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM1,800,” katanya.

Sementera itu, menurut portal rasmi SSPN, insentif pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas Simpanan SSPN bagi tahun 2023 tidak diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari yang lalu.

Dalam pada itu, pertanyaan oleh pengguna media sosial bernama Hilmee Ismail di laman rasmi Facebook PTPTN, 19 Mac lalu mengenai kebenaran dakwaan tersebut mulai tersebar.

Baca juga:   Dron tak dibenar semasa sambutan Hari Kebangsaan Rabu ini

PTPTN yang memberi maklum balas ke atas pertanyaan tersebut memaklumkan berdasarkna budjet 2023, insentif pelepasan cukai simpanan SSPN tidak diteruskan.

Baca juga:   Tun Salleh Abas meninggal dunia

Bagaimanapun menurut jawapan berkenaan, dividen simpanan SSPN diteruskan seperti biasa.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Tasik Kenyir diiktiraf Geopark Kebangsaan

TASIK Kenyir atau Kenyir Geopark diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan yang kesembilan di bawah Program Pembangunan Geopark oleh Kerajaan Persekutuan Kementerian...

Lagi Artikel Berkaitan