26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

RM500,000 tambah baik MRSM Kepala Batas – Asyraf

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) bersetuju memperuntukkan peruntukan RM500,000 bagi membaik pulih bangunan dan fasiliti di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kepala Batas, Pulau Pinang.

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengumumkan peruntukan itu selepas melihat sendiri keadaan MRSM berkenaan semalam susulan aduan daripada ibu bapa pelajar.

“Mengadakan lawatan ke MRSM Kepala Batas bagi sesi ramah mesra dan dialog bersama warga MRSM serta meninjau keadaan asrama pelajar.

“Ini adalah salah satu lagi MRSM yang saya terima aduan daripada ibu bapa mengenai kondisi tandas yang sudah uzur,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook, hari ini.

Advertisements

Menurutnya, lawatan berkenaan turut disertai Ketua Pengarah MARA Datuk Seri Azhar Abd Manaf; Timbalan Ketua Pengarah MARA (Pendidikan), Razlan Samsuri; Pengarah MARA Pulau Pinang, Norsiden Ahmad.

“MARA telah bersetuju memperuntukkan RM500,000 bagi kos naik taraf bumbung, tandas asrama, naik taraf makmal komputer, bilik guru, naik taraf sistem audio dan lantai Dewan Al-Fahim, baik pulih lampu rosak dan lampu jalan sekitar MRSM.

“Diharapkan dengan bantuan ini dapat meneruskan lagi kecemerlangan akademik yang ditunjukkan oleh para guru, pelajar dan warga MRSM Kepala Batas,” katanya.

Terdahulu, semalam beliau turut mengumumkan peruntukan segera sebanyak RM100,000 bagi membaik pulih dan penggantian peralatan asrama pelajar serta perabot bilik guru di MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Nazrin berkenan letak batu asas IPTTI, URCC UPSI

SULTAN Perak, Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Perletakan Batu Asas bagi Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI)...

Lagi Artikel Berkaitan