26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023

Pesara tidak dapat tunai umrah, rugi RM11,400

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HASRAT seorang pesara swasta di Temerloh untuk menunaikan umrah tidak kesampaian malah terpaksa menanggung kerugian RM11,400 apabila terpedaya dengan pakej umrah tidak wujud.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata berdasarkan laporan, mangsa berusia 58 tahun itu tertarik tawaran pakej umrah melalui aplikasi WhatsApp pada 5 Mac lalu.

Katanya, pesara swasta itu mendapat satu tawaran tajaan program umrah dan haji melalui kumpulan WhatsApp pada siaran langsung tarannum.

“Berikutan itu, mangsa berurusan dengan suspek yang memaklumkan wakil daripada SP Team yang dilantik oleh sebuah syarikat yang menguruskan umrah dan haji untuk urusan tajaan terbabit.

“Mangsa kemudiannya berminat dengan tawaran itu dan membuat sebanyak lima kali transaksi dua akaun bank berbeza yang diberikan oleh suspek.

“Kelmarin, mangsa menghubungi syarikat terbabit tetapi dimaklumkan tiada tajaan yang ditawarkan oleh pihak SP Team.

Baca juga:   Siapa lawan siapa?

“Wang simpanan mangsa sebanyak RM11,400 lesap kerana mempercayai tawaran yang dibuat oleh suspek yang mengambil kesempatan melalui kumpulan bacaan taranum.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Ramli menasihati orang ramai untuk tidak berurusan dan mudah percaya dengan orang tengah atau wakil sebaliknya berurusan terus dengan pejabat atau agensi pelancongan yang sah.

“Jangan mudah terpengaruh dengan tawaran pakej harga murah untuk melaksanakan umrah.

Baca juga:   KKM akan memperkemas SOP perjalanan umrah

“Bagi urusan umrah dan haji, semakan perlu dibuat melalui Lembaga Tabung Haji (TH) untuk memastikan syarikat terbabit wujud dan berdaftar.

Katanya lagi, masyarakat juga dinasihatkan supaya membuat semakan atas kemasukkan dan pengeluaran wang yang mencurigakan dalam akaun sendiri supaya tidak menjadi suspek keldai akaun. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Kejar pahala, jangan siakan dengan pembaziran – Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan...

Lagi Artikel Berkaitan