31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Kompetensi guru mantap tingkatkan kualiti PdP – Fadhlina

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) berusaha meningkatkan kualiti aktiviti pengajaran dan pembelajara (PdP) menerusi pemantapan kompetensi guru secara berterusan seiring pendidikan antarabangsa.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, menerusi usaha itu, peningkatan kualiti guru dapat memastikan keberhasilan murid untuk menerajui pembangunan ekonomi dan global pada masa depan.

Katanya, menerusi latihan perguruan, guru dilengkapkan dengan ilmu bidang dan ilmu keguruan yang merangkumi kursus wajib seperti pedagogi, pentaksiran dalam pendidikan, psikologi pembelajaran, teknologi PdP serta profesionalisme dan kepimpinan guru.

“Usaha memantapkan kompetensi guru diteruskan menerusi peluang pembangunan profesionalisme berterusan agar guru sentiasa bersedia dan bermotivasi untuk menjalankan tugas dan meningkatkan kualiti perkhidmatan masing-masing.

“Guru juga dilengkapkan dengan kemahiran pendidikan digital bagi mendepani pendidikan abad ke-21. Selain itu, guru digalakkan membangunkan kompetensi melalui aktiviti komuniti pembelajaran profesional yang boleh dilaksanakan di peringkat sekolah untuk berkongsi kaedah dan amalan terbaik dalam PdP,” katanya hari ini.

Beliau menjawab soalan lisan Senator Ak Nan A/L Eh Took yang bertanya mengenai langkah diambil bagi meningkatkan kualiti PdP agar setanding dengan sekolah-sekolah di luar negara seperti Singapura.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, KPM turut menyediakan platform Repositori SumberKU yang memuatkan pelbagai bahan sokongan PdP sebagai rujukan dan panduan kepada guru serta warga KPM.

Katanya, bahan sokongan PdP tersebut terdiri daripada kompilasi modul pedagogi yang sentiasa ditambah baik dan beberapa modul baharu yang dibangunkan.

“Ini termasuk seperti Modul Pedagogi Terbeza, Modul Pembelajaran Masteri, Modul Pembelajaran Teradun, Modul Pembelajaran Berasaskan Projek, dan Modul Kecerdasan Pelbagai.

“Bahan sokongan PdP yang dirangka merangkumi konsep, strategi dan contoh aktiviti PdP bermula dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat sekolah menengah,” ujarnya. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan